NEW DELHI: Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi kembali berkuasa di ibu negara, Delhi buat kali pertama dalam tempoh 27 tahun, memberikan suntikan semangat baharu kepada pemimpin nasionalis Hindu itu selepas mengalami prestasi merundum dalam pilihan raya umum tahun lalu. Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya India, BJP memenangi 48 daripada 70 kerusi di daerah ibu kota Delhi, jauh mengatasi parti pembangkang, Aam Aadmi Party (AAP) yang hanya…