Kini masanya untuk laksana tugas penuh integriti

Kini masanya untuk laksana tugas penuh integriti

ANWAR Ibrahim semasa Upacara Angkat Sumpah Anggota Kabinet 2026 di Istana Negara. FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua anggota Kabinet perlu mengalas tanggungjawab masing-masing dengan penuh amanah dan integriti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka diamanahkan untuk melaksanakan tugas dengan penuh kebijaksanaan dan hikmah, berteraskan amanah yang luhur, demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.

“Kini tibalah masanya untuk kesemua yang diamanahkan ini menggalas tanggungjawab dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan hikmah, berteraskan amanah yang luhur, demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Anwar menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Istiadat itu bermula dengan lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia serta majlis penandatanganan dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Seramai tujuh menteri termasuk dua yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani.

Antaranya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, bertukar daripada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi, bertukar daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Datuk Seri R. Ramanan dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia, bertukar daripada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×