Kehendak rakyat perlu diterjemahkan tindakan segera

Kehendak rakyat perlu diterjemahkan tindakan segera

ANWAR Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya. FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kabinet baharu Kerajaan Madani merupakan penerus kehendak rakyat yang diberi mandat untuk memikul amanah besar dalam mentadbir negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehendak rakyat tidak boleh sekadar dizahirkan melalui ucapan atau kenyataan, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada tindakan segera.

Menurut Anwar, Kabinet dituntut membuat keputusan berani dan pantas bagi menangani isu-isu rakyat, selari dengan harapan tinggi yang diletakkan terhadap pentadbiran kerajaan.

“Setiap anggota Kabinet perlu memahami aspirasi dan nurani semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, kejayaan kerajaan bergantung kepada keupayaan menterjemah mandat rakyat kepada pelaksanaan dasar yang berkesan dan berintegriti.

Anwar turut mengingatkan semua menteri dan timbalan menteri supaya bekerja dengan penuh disiplin serta mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap keputusan.

Beliau berkata, Kabinet Madani mesti memastikan setiap dasar dilaksanakan tanpa lengah dan benar-benar dirasai rakyat, selaras dengan amanah yang telah diberikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN