Konservatif menang pilihan raya Jerman

Konservatif menang pilihan raya Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Kumpulan konservatif Jerman meraih kemenangan dalam pilihan raya semalam, dengan pemimpin mereka, Friedrich Merz bakal dilantik sebagai Canselor seterusnya.

Parti Alternatif paling kanan untuk Jerman (AfD) hampir menggandakan undiannya kepada lebih 20 peratus, dirangsang oleh kebimbangan terhadap imigresen dan keselamatan selepas beberapa serangan maut yang dipersalahkan kepada pencari suaka.

Perikatan CDU/CSU yang diketuai Merz memenangi lebih daripada 28 peratus undian, memintas Parti Demokrat Sosial (SPD) pimpinan Canselor, Olaf Scholz yang menyaksikan sokongannya merudum ke paras terendah sebanyak 16 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Merz yang juga saingan bekas Canselor, Angela Merkel berikrar akan menguatkusakan tindakan tegas terhadap kemasukan pedatang yang tidak teratur.

Beliau berharap untuk memenangi semula undi daripada AfD selepas kebangkitannya mengejutkan ramai di negara yang masih berusaha untuk menebus sejarah Nazinya yang gelap.

Ketika ini AfD yang mendapat sokongan vokal sekutu utama Trump, Elon Muk, bersedia untuk kekal sebagai pembangkang.

Semua pihak lain telah berikrar untuk mengekalkannya daripada kuasa tanpa kerjasama.

Tetapi pemimpinnya, Alice Weidel memuji keputusan bersejarah itu dan sekali lagi berkata, partinya bersedia untuk mentadbir dengan CDU/CSU.

Dalam pada itu, Merz menggesa pembentukan segera kerajaan campuran baharu, memberi amaran bahawa ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang memacu perubahan pantas yang bolh menggugat komuniti global.

Beliau menegaskan Eropah mesti meningkatkan keupayaan pertahanannya dan berkata, beliau tidak dapat meramal sama sekali tentang apa yang akan datang dari AS.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN