Jenayah Islamofobia meningkat di Jerman pada 2024

Jenayah Islamofobia meningkat di Jerman pada 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Jerman merekodkan lebih 1,550 jenayah kebencian anti-Islam pada 2024, menurut angka rasmi yang dikeluarkan semalam.

Sekurang-kurangnya 54 masjid diserang antara Januari dan Disember tahun lalu, dengan 53 orang mengalami kecederaan akibat keganasan Islamofobia.

Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan angka itu sebagai respons kepada pertanyaan Parlimen daripada anggota parti pembangkang, Petra Pau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis Jerman mendokumentasikan 1,554 jenayah kebencian dan serangan anti-Islam tahun lepas, meningkat daripada 1,536 pada tahun sebelumnya.

Insiden itu termasuk gangguan media sosial, surat ugutan, gangguan terhadap amalan agama, serangan fizikal dan kerosakan harta benda.

Jerman mempunyai penduduk Islam kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis, dengan hampir 5.5 juta orang Islam dalam kalangan 85 juta penduduknya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, negara itu menyaksikan peningkatan dalam perkauman dan keganasan anti-Islam, didorong oleh parti dan pergerakan politik sayap kanan, termasuk pembangkang Alternatif untuk Jerman atau AfD.– ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN