WASHINGTON: Syarikat minuman gergasi, Coca-Cola Co. terpaksa meningkatkan penjualan produknya dalam botol plastik di Amerika Syarikat (AS), susulan keputusan Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap import aluminium yang dijangka menyebabkan harga tin meningkat. Ketua Pegawai Eksekutifnya, James Quincey berkata, langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan syarikat kekal kompetitif dalam menawarkan produk yang mampu milik kepada pengguna. “Kami mempunyai pelbagai pilihan pembungkusan. Jika kos pengeluaran tin aluminium meningkat, kami akan memberi…










