Capybara Argentina bertukar 'hijau'

Capybara Argentina bertukar ‘hijau’

SEEKOR Capybara diselaputi lendir hijau ketika berenang di perairan tasik Salto Grande di Argentina.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CONCORDIA: Puluhan ekor Capybara di pesisir Sungai Uruguay, wilayah Entre Ríos, Argentina bertukar ‘hijau’ gara-gara diselaputi lapisan pencemaran algae sianobakteria yang semakin membimbangkan di sekitar kawasan berkenaan.

Capybara, sejenis tikus terbesar di dunia berukuran sehingga 1.35 meter panjang dengan berat mencecah sehingga 80 kilogram merupakan antara haiwan kesayangan ramai dan paling banyak ditemui di Argentina.

Namun kawasan pesisir sungai tersebut kini dipenuhi bau busuk dengan ikan mati bertaburan, menyebabkan haiwan itu terperangkap dalam persekitaran yang sangat tercemar.

Fenomena itu berlaku setiap tahun dengan intensiti meningkat disebabkan oleh perubahan iklim dan peningkatan nutrien dalam air, mengakibatkan pertumbuhan lapisan tebal algae hijau di sepanjang empangan Salto Grande yang bersempadan dengan Uruguay.

Keadaan tersebut dikaitkan dengan pertumbuhan pesat sianobakteria yang boleh menjadi toksik dan menjejaskan kesihatan manusia serta ekosistem air.

“Organisma ini memainkan peranan ekologi yang penting, tetapi dalam kepekatan tinggi, ia boleh menjadi sangat berbahaya,” kata Pakar Biologi Institut Limnologi Kebangsaan (INALI), Dr. Diego Frau.

Menurut pakar, pendedahan kepada sianobakteria boleh menyebabkan masalah kulit termasuk simptom seperti selesema, cirit-birit, muntah, sakit kepala, gangguan hati dan sistem saraf.

Sekurang-kurangnya 15 majlis perbandaran di wilayah Buenos Aires telah mengeluarkan amaran kesihatan berhubung fenomena berkenaan.

Terdahulu, penduduk di sebuah bandar berhampiran Buenos Aires dikejutkan dengan kejadian anak sungai bertukar merah seperti darah dan berbau busuk dipercayai akibat sisa buangan industri tekstil.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN