Bekalan perubatan global terkandas akibat sekatan AS

Bekalan perubatan global terkandas akibat sekatan AS

PENYOKONG Agensi Pembangunan Antarabangsa USAID berhimpun di pekarangan Capitol AS di Washington.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ratusan juta dolar bekalan perubatan dibiarkan terkandas di gudang dan kapal di seluruh dunia, berikutan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membekukan bantuan asing.

Perintah tersebut, bersama tindakan lain oleh pentadbiran Trump untuk membubarkan Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID), mengganggu rantaian bekalan global bagi bantuan perubatan yang dibiayai Washington, walaupun terdapat pengecualian bagi menyambung semula sebahagian usaha itu, dakwa sumber seperti dilapor Reuters.

Ia menyebabkan barangan seperti oksigen perubatan, ubat tuberkulosis dan HIV terkandas, yang berisiko rosak, luput atau dicuri, ketika pesakit serta doktor tidak dapat mengakses peralatan kritikal untuk memerangi penyakit tersebut.

“Ia menjadi sangat sukar,” kata Penyelaras Rangkaian Suara TB Nasional Ghana Afrika Barat, Jerry Amoah-Larbi yang bertugas membantu badan itu meningkatkan akses kepada pencegahan dan penjagaan tuberkulosis.

Beliau berkata, klinik bakal kehabisan peralatan penting untuk ujian dan rawatan penyakit tuberkulosis, terutama di kawasan terpencil di luar bandar.

Pembekuan bantuan asing, yang dikeluarkan pada hari pertama Trump memegang jawatan pada 20 Januari lalu, dijadualkan berlangsung selama 90 hari, sementara semua program dikaji semula bagi memastikan ia selaras dengan agenda ‘America First’.

Jabatan Negara AS membenarkan beberapa usaha menyelamatkan nyawa disambung semula, tetapi ramai rakan kongsi dan kontraktor masih belum dapat meneruskan operasi mereka.

Menurut seorang kontraktor USAID, sekurang-kurangnya AS$20 juta (RM88.8 juta) nilai oksigen perubatan dan bekalan yang diperlukan untuk merawat ratusan ribu pesakit dengan masalah pernafasan kritikal, kini tersekat di pelbagai bahagian rantaian bekalan.

Ini termasuk bekalan yang terkandas di kapal, pelabuhan atau hospital, di mana kerja infrastruktur untuk penghantaran oksigen dihentikan.

Terdahulu, seorang hakim persekutuan mengarahkan pentadbiran Trump untuk memulihkan dana bagi ratusan kontraktor bantuan asing yang mendakwa terjejas akibat pembekuan selama 90 hari, menurut keputusan mahkamah yang difailkan kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN