WASHINGTON: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent memberi isyarat bahawa pelonggaran sekatan terhadap Russia akan dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada rundingan untuk menamatkan perang di Ukraine. Dalam wawancara bersama Bloomberg, Bessent menggariskan pendekatan AS dan langkah awal memperkukuh hubungan ekonomi Ukraine dengan Washington sambil mendapatkan sokongan rakyat Amerika. “Urutan apa yang akan berlaku ialah membawa Ukraine lebih dekat kepada AS melalui hubungan ekonomi, meyakinkan rakyat Amerika dan mendapatkan mereka di…











