TEBING BARAT: Pertukaran kedua pada Sabtu menyaksikan pembebasan empat askar wanita Israel dan 200 tahanan Palestin, di bawah fasa pertama perjanjian gencatan senjata yang menghentikan perang selama lebih 15 bulan. Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengesahkan pemindahan 128 tahanan Palestin ke Gaza dan Tebing Barat. Manakala, pihak berkuasa tempatan menguruskan pembebasan serta pemindahan baki tahanan, melengkapkan pertukaran kedua di bawah perjanjian yang berkuat kuasa 19 Januari lepas. Pembebasan kedua-dua pihak…










