Biden digesa beri pengampunan tahanan Guantanamo

Biden digesa beri pengampunan tahanan Guantanamo

GAMBAR menunjukkan perkarangan kem Delta yang menempatkan tahanan asing sejak 2002, di Pangkalan Tentera Laut AS Teluk Guantanamo di Cuba.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden supaya mempertimbangkan pengampunan kepada seorang tahanan Guantanamo yang dipenjara hampir 20 tahun tanpa sebarang pertuduhan.

Zayn al-Abidin Muhammad Husayn atau Abu Zubaydah ialah tahanan pertama yang dikenakan teknik ‘soal siasat’ oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) selepas serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS).

Warga Palestin kelahiran Arab Saudi itu ditangkap di Pakistan pada 2002 dan ditahan tanpa perbicaraan di kem Guantanamo AS di Cuba sejak 2006.

“Kami menggesa pengampunan Presiden untuk Abu Zubaydah, disebabkan oleh layanan yang diterimanya semasa dalam tahanan serta ketiadaan proses undang-undang yang wajar sejak dia mula ditahan.

“Pembebasan segera dan pemindahan ke negara ketiga yang selamat sudah lama tertangguh,” kata sekumpulan pakar bebas PBB dalam kenyataan.

Pakar PBB, termasuk pelapor khas mengenai penyeksaan dan promosi hak asasi manusia dalam memerangi keganasan, memberi amaran Abu Zubaydah mengalami masalah kesihatan yang serius.

Ini termasuk kecederaan yang dialami semasa penyeksaan yang didakwa semakin buruk akibat dinafikan hak untuk rawatan perubatan.

Abu Zubaydah diseksa dan mengalami penderaan fizikal lain sepanjang berada di dalam tahanan. 

Laporan Senat AS mendapati, CIA mengaku lelaki itu tidak pernah menjadi anggota al-Qaeda, apatah lagi terlibat dalam merancang serangan 11 September.

Kumpulan pakar menekankan, dapatan daripada pelbagai mekanisme hak asasi yang menunjukkan Abu Zubaydah mengalami pelanggaran hak berkaitan program penahanan rahsia dan penghantaran CIA.

Katanya, Abu Zubaydah menanggung trauma psikologi dan fizikal akibat penyeksaan serta layanan kejam, selain menuntut dia diberikan pampasan dan pemulihan sewajarnya.

Dia merupakan seorang daripada 15 tahanan yang masih berada di pangkalan kontroversi Amerika, selepas Jabatan Pertahanan AS mengumumkan pemindahan 11 tahanan Yaman dari Guantanamo ke Oman, Isnin lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×