AS mahu cegah kebangkitan Daesh di Syria

AS mahu cegah kebangkitan Daesh di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Washington akan mengekalkan kehadirannya di timur Syria dan mengambil langkah yang perlu untuk mencegah kebangkitan semula Daesh.

Timbalan Penolong Setiausaha Pertahanan untuk Asia Barat, Daniel Shapiro menyeru semua pihak untuk melindungi orang awam, khususnya golongan minoriti dan menghormati norma antarabangsa.

“Kami sedar keadaan huru-hara dan dinamik di Syria boleh memberi ruang kepada Daesh mencari keupayaan untuk kembali aktif dan merancang operasi luaran.

“Namun, kami berazam untuk bekerjasama dengan rakan kongsi untuk terus merendahkan keupayaan mereka,” katanya pada persidangan keselamatan Dialog Manama di Bahrain.

Hayat Tahrir Al-Sham (HTS), yang menerajui kemaraan pejuang di seluruh barat Syria, dahulunya merupakan sekutu Al-Qaeda yang dikenali sebagai Barisan Nusra sebelum pemimpinnya, Abu Mohammed Al-Julani memutuskan hubungan dengan gerakan jihad global itu pada 2016.

Kerajaan Barat, yang menjauhi negara pimpinan Bashar selama bertahun-tahun, perlu memutuskan cara menangani pentadbiran baharu dengan HTS kelihatan mempunyai pengaruh kuat walaupun ia disenaraikan sebagai kumpulan pengganas secara global.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN