Mayat wanita hilang ditemukan dalam perut jerung

Mayat wanita hilang ditemukan dalam perut jerung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang nelayan terkejut apabila menemukan mayat seorang wanita di dalam perut seekor jerung selepas menangkap pemangsa laut itu di pantai berdekatan Timor Leste.

“Jerung itu ditangkap, tetapi ia kelihatan tidak sihat. Saya menyangka ia menelan plastik atau jaring ikan. Apabila dibelah, saya menemui mayat seorang wanita di dalamnya,” jelas nelayan itu.

Colleen Monfore, 68, dari South Dakota, Amerika Syarikat (AS), sedang menikmati aktiviti menyelam bersama enam rakannya di Indonesia apabila dia dihanyutkan arus deras sebelum dilaporkan hilang.

Operasi mencari dan menyelamat selama lapan hari gagal mengesan Monfore sebelum dijumpai seorang nelayan di Timor Leste yang berjaya menangkap seekor jerung dalam jaringnya.

Pihak berkuasa Timor Leste sudah menghubungi pengawal pantai di Indonesia dan merayu kepada orang ramai yang mempunyai kenalan atau ahli keluarga yang hilang untuk tampil memberikan maklumat, memandangkan kawasan pulau itu sering menjadi tumpuan aktiviti menyelam.

Ketua Unit Pelaksana Teknis Daerah (UPTD), Muhammad Saleh Goro berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak kedutaan Indonesia di Dili, Timor Leste bagi mengesahkan insiden tersebut.

“Kami telah berkoordinasi dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Dili, dan KBRI telah mengesahkan kebenaran maklumat ini.

“Mayat wanita itu ditemui di dalam jerung di Timor Leste, bukan di perairan Indonesia. Kami kini sedang menyiasat lebih lanjut untuk memastikan sama ada mayat itu adalah salah seorang yang dilaporkan hilang di Indonesia.

“Dari pakaian menyelam yang dipakai mangsa, dipercayai dia adalah seorang penyelam. Laporan awal dari Timor Leste mendapati mangsa yang ditemui di dalam jerung itu adalah seorang wanita warga asing.” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Maluku, Ipda Giovani BM Toffy, yang bertanggungjawab dalam kes kehilangan Colleen di perairan Reong berkata, pemandu pelancong yang mengetuai kumpulan penyelam itu telah melaporkan kehilangannya.

“Usaha mencari awalnya dilakukan oleh rakan-rakan mangsa kerana mereka berada dalam perjalanan yang sama ke Kepulauan Banda.

“Kami juga bekerjasama dengan kerajaan tempatan untuk mendapatkan bantuan penduduk mencari di pesisir pantai yang menghadap Pulau Reong serta melakukan pencarian di perairan sekitar menggunakan perahu panjang atau bot laju, namun mangsa gagal ditemui,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN