Korban banjir, tanah runtuh di Nepal kini cecah 170

Korban banjir, tanah runtuh di Nepal kini cecah 170

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh di seluruh Nepal terus meningkat kepada 170 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain setakat semalam.

Bencana dahsyat itu menyebabkan seluruh kawasan kejiranan di Kathmandu ditenggelami banjir dan mengakibatkan kerosakan besar pada lebuh raya yang menghubungkan bandar dengan kawasan lain di Nepal.

Kementerian Dalam Negeri Nepal melaporkan 170 orang maut di seluruh negara dengan 42 lagi mangsa masih hilang.

Jurucakap kementerian, Rishi Ram Tiwari berkata, kerja pembersihan giat dijalankan di beberapa lebuh raya yang terjejas tanah runtuh, menyebabkan Kathmandu terputus hubungan dengan kawasan lain.

“Lebih 3,000 mangsa berjaya diselamatkan,” katanya.

Jurucakap Polis Nepal dan Bahadur Karki berkata, sekurang-kurangnya 35 orang maut selepas tiga kenderaan ditimbus tanah runtuh, dalam kejadian di lebuh raya selatan Kathmandu.

Menurut Jabatan Hidrologi dan Meteorologi, data awal dari stesen di 14 daerah mencatatkan hujan dalam tempoh 24 jam sehingga pagi Sabtu.

Stesen di lapangan terbang Kathmandu mencatatkan taburan hujan tertinggi sejak tahun 2002, menurut kenyataan tersebut.

Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan akibat hujan adalah perkara biasa di seluruh Asia Selatan khususnya semasa musim tengkujuh dari Jun hingga September.

Bagaimanapun, bilangan banjir dan tanah runtuh sehingga mengorbankan banyak nyawa meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang menurut pakar berpunca daripada perubahan iklim.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×