Komander Hamas terkorban pertempuran di Tebing Barat

Komander Hamas terkorban pertempuran di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Hamas memaklumkan salah seorang komandernya di Tebing Barat yang diduduki terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel.

Hamas dalam satu kenyataan berkata, Mohammed Jaber Abdo terbunuh bersama tiga pejuang lain di sebuah kampung berhampiran Ramallah yang berada di bawah pemerintahan Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Kenyataan bersama oleh tentera dan polis Israel berkata, pasukan penyamar mengesan suspek yang dikehendaki dalam serangan ke atas penempatan Yahudi berhampiran.

Keganasan semakin meningkat di Tebing Barat sejak permulaan perang di Gaza dengan lebih 530 rakyat Palestin terbunuh oleh tembakan tentera Israel.

Kebanyakannya dilaporkan maut semasa protes ganas atau serbuan penangkapan rejim Zionis yang sering mencetuskan pertempuran senjata.

Sementara itu, tentera Israel berkata, empat anggotanya terbunuh dalam pertempuran di selatan Gaza semalam tanpa menjelaskan punca kematian mereka.

Penyiar awam Israel Kan melaporkan tentera tersebut terbunuh dalam satu letupan di sebuah bangunan di bandar Rafah di selatan Gaza.

Kematian terkini itu meningkatkan jumlah kematian tentera Israel kepada 298 orang sejak serangan darat di Gaza bermula pada 27 Oktober tahun lalu.

Peperangan Israel terhadap Hamas di Gaza mengorbankan lebih 36,730 nyawa, kebanyakannya orang awam.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih satu juta rakyat Palestin di Gaza bakal mengalami tahap kebuluran tertinggi menjelang pertengahan Julai selepas aliran makanan, ubat-ubatan dan bekalan lain disekat oleh rejim Zionis.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×