JAKARTA: Kementerian Luar Negeri Indonesia menghantar pulang 216 rakyatnya yang ditahan di tujuh pusat imigresen di Malaysia, semalam. Kesemua mereka dihantar pulang menaiki penerbangan komersial ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Cengkareng, Banten dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Medan, Sumatera Utara. “Warganegara Indonesia yang dihantar pulang terdiri daripada ibu dan anak mereka, wanita mengandung, warga emas, mereka yang sakit dan rakyat Indonesia yang dipenjarakan lebih enam bulan,” kata kementerian…










