Israel persoal kehadiran lelaki berhampiran kereta kakitangan PBB

Israel persoal kehadiran lelaki berhampiran kereta kakitangan PBB

WAIBHAVE ANIL KALE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Tentera Israel dilaporkan mempertingkat serangan terhadap kubu Hamas di seluruh Gaza termasuk di bandar selatan Rafah, semalam.

Mereka juga mempersoal kewujudan lelaki bersenjata (pesara pegawai tentera India) yang berdiri bersebelahan kenderaan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ditembak oleh tentera mereka sehingga maut, Isnin lalu.

Lelaki tersebut disalah anggap sebagai ahli kumpulan Hamas.

Bagaimanapun, kerajaan India memaklumkan rasa sedih mereka dengan pembunuhan salah seorang pesara pegawai tentera itu yang sebenarnya bekerja untuk PBB dalam serangan yang disyaki dilakukan Israel di Gaza.

Waibhav Anil Kale, 46, bersara sebagai kolonel dalam Tentera India pada 2022 dan bekerja sebagai pegawai penyelaras keselamatan di Jabatan Keselamatan dan Keselamatan PBB di wilayah Rafah.

Dia dalam perjalanan ke Hospital Gaza Eropah di Rafah bersama rakan sekerja, apabila kenderaan mereka diserang.

Kale adalah kakitangan PBB antarabangsa pertama yang terbunuh sejak 7 Oktober di wilayah Palestin yang terkepung.

Israel berkata, tenteranya  mengenal pasti kehadiran pejuang Hamas di perkarangan logistik pusat agensi PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) ketika kejadian.

Reuters mengesahkan lokasi video yang dikeluarkan oleh tentera Israel tetapi tidak dapat mengesahkan bila ia dirakam atau identiti lelaki tersebut.

“PBB sebahagiannya menjadi entiti pengganas dengan sendirinya kerana ia bekerjasama dengan Hamas dan melindunginya,” kata Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan kepada Radio Tentera.

UNRWA menafikan bekerjasama dengan Hamas dan jurucakapnya berkata, agensi itu tidak dapat mengesahkan kesahihan kandungan video itu dan lokasi yang tepat, tetapi percaya rakaman itu menunjukkan gudang UNRWA di Rafah yang sudah ditinggalkan kakitangan 6 Mei lalu.

Pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri memberitahu Reuters lelaki itu berada di sana untuk melindungi pengagihan bantuan.

“Ini adalah dakwaan dan pembohongan palsu. Ini adalah pasukan polis yang ditugaskan untuk mengamankan pusat bantuan daripada tindakan kecurian dan rompakan,” tegas Sami.

PBB berkata, pihaknya sedang menyiasat serangan tersebut dan menyalahkan kereta kebal di kawasan yang hanya dikuasai kenderaan tentera Israel.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×