Hamas, Israel perlu lebih fleksibel jika mahu meterai gencatan senjata - Mesir

Hamas, Israel perlu lebih fleksibel jika mahu meterai gencatan senjata – Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Mesir menegaskan, Hamas dan Israel mesti menunjukkan fleksibiliti jika mereka ingin mencapai perjanjian untuk gencatan senjata dan pertukaran tebusan dalam perang tujuh bulan di Semenanjung Gaza, menurut kenyataan kementerian luar.

Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken bersetuju mengenai kepentingan mendesak Hamas dan Israel untuk menunjukkan fleksibiliti dan membuat semua usaha yang diperlukan bagi mencapai perjanjian gencatan senjata, sekali gus menamatkan tragedi kemanusiaan di Gaza.

Hamas berkata, Israel menolak cadangan yang dikemukakan oleh pengantara dan menimbulkan bantahan terhadapnya.

Kumpulan itu menambah delegasinya sudah menyatakan tidak akan berganjak daripada pendirian sebelum ini dan meninggalkan Kaherah bagi menuju ke Qatar.

Hamas menegaskan kuasa dan keputusan sepenuhnya kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah tidak mencapai sebarang persefahaman.

Akhbar Mesir, Al-Qahera News melaporkan perunding Israel juga sudah meninggalkan Kaherah.

Meurut kenyataan kementerian luar, rundingan hari ini berada dalam fasa rumit, dengan Kaherah melahirkan kebimbangan pencerobohan Israel ke atas Rafah yang terletak di sempadan Mesir boleh mengancam kestabilan dan keselamatan di rantau itu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller berkata, semasa perbualan yang sama, Blinken memberi jaminan kepada Sameh bahawa AS tidak menyokong operasi ketenteraan besar-besaran di Rafah dan menolak sebarang pemindahan paksa penduduk Palestin dari Gaza.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×