Macron gesa EU elak jadi boneka AS

Macron gesa EU elak jadi boneka AS

EMMANUEL MACRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa pertahanan Eropah yang lebih kukuh dan bersepadu ketika beliau menggariskan visinya untuk Kesatuan Eropah (EU) yang lebih tegas di pentas global.

Dalam ucapan di Universiti Sorbonne di Paris, beliau juga berkata benua itu tidak boleh menjadi boneka Amerika Syarikat (AS).

“Terdapat risiko Eropah kita boleh mati. Kami tidak bersedia untuk menghadapi risiko itu,” kata Macron.

Dalam ucapan yang berlangsung hampir dua jam itu, beliau memberi amaran bahawa tekanan ketenteraan, ekonomi dan lain-lain boleh melemahkan dan memecahbelahkan 27 negara EU.

Beliau turut menegaskan, Russia tidak boleh dibenarkan menang di Ukraine dan menyeru peningkatan kapasiti keselamatan siber Eropah, hubungan pertahanan yang lebih erat dengan Britain selepas Brexit, serta penubuhan akademi Eropah untuk melatih anggota tentera berpangkat tinggi.

“Orang Eropah harus diberi keutamaan untuk membeli peralatan ketenteraan Eropah.

Kita juga mesti menghasilkan lebih banyak, lebih cepat, dan paling utama kita mesti menghasilkan sebagai orang Eropah,” katanya.

Ucapan itu mendapat respons positif daripada rakan kongsi EU utama Macron, Canselor Jerman, Olaf Scholz, yang sering bertelagah dengannya dalam isu pertahanan dan perdagangan.

“Perancis dan Jerman mahu Eropah menjadi kuat. Ucapan Macron mengandungi idea yang baik tentang cara kami boleh mencapai visi ini,” kata Scholz. 

Macron lama menyeru ‘autonomi strategik’ Eropah dengan mengurangkan pergantungan kepada AS, pendirian yang mendapat resonansi lebih besar dalam menghadapi usaha bekas Presiden, Donald Trump untuk kembali ke White House. 

Trump sering menuduh Eropah mengambil kesempatan terhadap pertahanan menggunakan perbelanjaan AS.

“Eropah mesti menunjukkan bahawa ia tidak pernah menjadi pengikut AS dan tahu bagaimana untuk bercakap dengan semua wilayah lain di dunia,” kata Macron.

Ramai pegawai EU percaya pada masa ini tiada alternatif yang boleh dipercayai untuk payung tentera AS.

Tegasnya lagi, EU harus bersetuju dengan pengecualian kepada peraturan persaingannya sendiri supaya boleh menyokong firma dalam sektor seperti kecerdasan buatan (AI) serta tenaga hijau dalam menghadapi lebihan subsidi dari AS dan China

Macron berkata, benua itu juga berisiko ketinggalan dari segi ekonomi kerana peraturan perdagangan bebas global dicabar oleh pesaing utama dan Bank Pusat Eropah seharusnya tidak lagi hanya menyasarkan inflasi, tetapi juga pertumbuhan dan iklim.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN