Kongres AS luluskan dana ketenteraan untuk Ukraine

Kongres AS luluskan dana ketenteraan untuk Ukraine, Israel dan Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pakej bantuan asing diluluskan Kongres Amerika Syarikat (AS) selepas tertangguh selama beberapa bulan, membuka jalan untuk pembiayaan baharu berbilion dolar kepada Ukraine di tengah-tengah kemajuan pasukan Russia dan kekurangan bekalan tentera Kyiv.

Senat meluluskan empat rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perwakilan Sabtu lalu, selepas pemimpin Republikan secara tiba-tiba beralih arah minggu lalu dan membenarkan undian dana AS$95 bilion (RM453.87 bilion) bagi bantuan ketenteraan untuk Ukraine, Israel dan Taiwan serta rakan kongsi AS dalam Indo-Pasifik.

Rang undang-undang keempat, yang ditambah pada pakej minggu lalu, termasuk potensi larangan ke atas aplikasi media sosial TikTok yang dikawal China, langkah-langkah pemindahan aset Russia yang dirampas ke Ukraine dan sekatan baharu ke atas Iran.

Pentadbiran Biden sudah menyediakan pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$1 bilion (RM4.77 bilion) untuk Ukraine, yang pertama diperoleh daripada rang undang-undang itu.

Bantuan itu termasuk kenderaan, peluru pertahanan udara Stinger, peluru tambahan untuk sistem roket artileri mobiliti tinggi, peluru artileri 155 milimeter, peluru anti kereta kebal TOW dan Javelin serta senjata lain yang boleh digunakan dengan segera di medan perang.

Pemimpin Demokrat dan Republikan Senat meramalkan Kongres mengubah sudut dalam meletakkan Presiden Russia, Vladimir Putin dan musuh asing lain menyedari bahawa Washington akan terus menyokong Ukraine dan rakan kongsi asing yang lain.

“Rang undang-undang keselamatan negara ini adalah salah satu langkah terpenting yang telah diluluskan oleh Kongres dalam masa yang sangat lama untuk melindungi keselamatan AS dan keselamatan demokrasi Barat,” kata Pemimpin Majoriti Demokrat, Chuck Schumer dalam sidang akhbar selepas pengundian tersebut.

Pakej bantuan itu bakal menjadi yang terakhir diluluskan untuk Ukraine sehingga selepas pilihan raya pada November apabila kerusi Dewan Perwakilan Rakyat dan satu pertiga daripada Dewan Negara bersedia untuk direbut.

Kebanyakan penentangan terhadap bantuan keselamatan di Dewan dan Senat datang daripada ahli Republikan yang mempunyai hubungan rapat dengan bekas Presiden AS, Donald Trump.

Trump diketahui sangat skeptikal terhadap bantuan Ukraine dan kerap menekankan dasar ‘America First’ ketika beliau memohon untuk bertanding sebagai calon Presiden penggal kedua.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN