WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikritik oleh pasukan kempen Presiden, Joe Biden kerana berkongsi video di media sosial memaparkan trak yang mengandungi imej Presiden Demokrat AS itu dengan tangan dan kakinya diikat. Lapor BBC, pasukan kempen Biden menuduh Trump melakukan hasutan keganasan politik menjelang pilihan raya November ini. Menurut kapsyen, video itu dirakamkan di Long Island ketika Trump menghadiri acara memperingati kematian seorang pegawai polis New York…










