Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara

Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra melawat kampung halamannya di utara negara itu ketika membuat penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Jutawan kontroversi yang dua kali dipilih sebagai perdana menteri dan digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006, berkunjung ke kuil Bangkok City Pillar sebelum terbang dengan jet peribadi untuk lawatan tiga hari ke Chiang Mai.

Selepas mendarat di Chiang Mai yang juga bandar kelahiran dan pangkalan kuasa politik tradisionalnya kira-kira pukul 9.40 pagi (waktu tempatan), Thaksin disambut oleh keluarganya sebelum menuju ke taman bertemu penyokongnya.

“17 tahun saya menunggunya,” kata penyokongnya, Samniang Kongpolparn yang datang dari wilayah Surin.

Di sampingnya ialah pemandu teksi, Bangkok Paisal, yang melakukan perjalanan untuk berjumpa dengan bekas ahli politik yang digelarnya ‘PM hati saya’.

Terdahulu, ramai media berkhemah di hadapan kuil Bangkok di mana Thaksin, memakai baju biru dan pendakap leher tiba untuk berdoa sekitar pukul 5 pagi.

Beliau ditemani anak perempuannya Paetongtarn yang kini merupakan Ketua Parti Pheu Thai bersama suaminya.

Thaksin, 74, kembali ke Thailand pada Ogos tahun lalu selepas 15 tahun dalam buangan dan serta-merta dipenjarakan selama lapan tahun atas pertuduhan ketika zaman beliau berkuasa.

Tetapi hukumannya dikurangkan selama setahun oleh Raja Maha Vajiralongkorn dan pada bulan lalu kerajaan memutuskan Thaksin layak dibebaskan awal kerana usia dan tahap kesihatannya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×