Perang Gaza boleh cetuskan konflik lebih meluas

Perang Gaza boleh cetuskan konflik lebih meluas

VOLKER TURK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk menyifatkan perang di Gaza sebagai `situasi berbahaya’ yang boleh mencetuskan konflik lebih meluas, dengan membawa implikasi serius bagi Asia Barat dan negara lain.

Semasa berucap di Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Turk menyuarakan kebimbangan bahawa perang Gaza yang kini mencecah 150 hari sudah menghasilkan `limpahan’ berbahaya di negara-negara jiran.

“Sebarang pencetus boleh menjurus kepada konflik yang lebih meluas.

“Malah, ini akan mempunyai implikasi buruk di setiap negara Asia Barat dan banyak lagi di luarnya,” katanya sepertimana dilaporkan Al Jazeera.

Turk yang juga Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia berkata adalah amat penting untuk melakukan segala mungkin bagi mengelakkan konflik tersebar lebih luas.   

Selain itu, beliau secara khususnya menyifatkan peningkatan pertempuran antara Israel dan Hezbollah serta kumpulan pejuang lain di Lubnan sebagai amat membimbangkan.   

Sejak 8 Oktober tahun lalu, pertempuran rentas sempadan antara tentera Israel dan Hezbollah disebabkan perang di Gaza menyebabkan  puluhan orang terbunuh, puluhan ribu kehilangan tempat tinggal dan memusnahkan infrastruktur penting.

Dalam kejadian terbaharu, Israel dilaporkan menyerang tiga bandar di selatan Lubnan dalam tempoh 24 jam, sebagai tindak balas terhadap serangan Hezbollah ke atas komuniti di utara Israel yang menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan beberapa lain cedera.

Lebih 30,000 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan Israel di Gaza sejak konflik meletus pada 7 Oktober tahun lalu.

Kumpulan Houthi sebelum ini menyatakan melancarkan serangan menyasarkan kapal-kapal di Laut Merah dan Teluk Aden sejak November tahun lalu bagi mempamerkan solidariti mereka kepada penduduk Palestin yang terjejas akibat pengeboman berterusan rejim Zionis di Gaza.   

Serangan itu mengakibatkan gangguan kepada perdagangan global di laluan perkapalan antara Eropah dan Asia.

Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) mengetuai serangan balas ke atas sasaran Houthi di Yaman.

Sementara itu, Turk berkata, serangan Houthi bukan sahaja mengganggu perdagangan maritim global tetapi juga meningkatkan harga barangan yang memberi impak besar kepada negara-negara membangun.  

“Terdapat risiko serius konflik meluas ke Yaman sendiri, dengan kemungkinan membawa bahaya teruk kepada penduduk negara itu yang ketika ini menderita akibat krisis kemanusiaan disebabkan peperangan selama sedekad,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×