Jalan darat Gaza satu-satunya laluan paling cekap- Guterres

Jalan darat Gaza satu-satunya laluan paling cekap- Guterres

PENDUDUK Palestin menyertai jamuan berbuka puasa anjuran anggota kem pelarian Barbara, di sepanjang kawasan jalan di Rafah di selatan Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menegaskan, satu-satunya cara yang berkesan dan cekap untuk menghantar barangan berat bagi memenuhi keperluan kemanusiaan di Gaza adalah melalui jalan raya,  yang turut meliputi peningkatan besar dalam penghantaran komersial.

Bercakap kepada media selepas bertemu Presiden dan Menteri Luar Mesir di Kaherah, Guterres turut memberi amaran tentang kesan peperangan ke atas Gaza yang kini turut dirasai di seluruh dunia.

“Serangan harian terhadap maruah manusia di Palestin mewujudkan krisis kredibiliti bagi masyarakat antarabangsa,” katanya.

Guterres melawat Mesir dan Jordan sebagai sebahagian daripada lawatan perpaduan tahunan Ramadan ke negara-negara Islam dan mengembara ke sempadan Mesir dengan Gaza, di mana beliau menggelar bantuan yang tertunggak untuk wilayah Palestin itu sebagai ‘kecaman moral’.

Walaupun selepas lebih lima bulan perang antara Israel dan Hamas yang menghancurkan Gaza, sumbangan bantuan masih ‘bertimbun’ di Sinai di utara Mesir, dengan jumlah terhad dihantar melalui lintasan Rafah dan Kerem Shalom di Israel.

Selepas harapan untuk gencatan senjata di Gaza semasa bulan suci Ramadan pudar dan risiko kebuluran di kawasan pesisir pantai meningkat mendadak, Amerika Syarikat (AS) serta negara-negara lain berusaha menggunakan teknik jatuhan udara dan kapal untuk menyampaikan bantuan.

Pegawai bantuan PBB berkata, penghantaran hanya boleh ditingkatkan melalui darat, namun Israel sengaja menyekat laluan utama tersebut.

“Menghantar bantuan dalam kuantiti yang banyak memerlukan Israel untuk menghapuskan halangan yang tinggal dan titik sekatan kepada bantuan. Ia memerlukan lebih banyak lintasan dan pusat akses,” tambah Guterres.

Guterres berkata, PBB bekerja keras mengekalkan pembiayaan bagi agensinya untuk pelarian Palestin, UNRWA yang digelarnya sebagai tulang belakang pengedaran bantuan kemanusiaan di Gaza.

Beberapa negara, termasuk AS dan Britain bertindak menghentikan sementara pembiayaan kepada UNRWA selepas tuduhan Israel terdapat 12 daripada 13,000 kakitangan agensi itu di Gaza mengambil bahagian dalam serangan Hamas di Israel pada 7 Oktober tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini berkata, beliau kesal dengan keputusan Washington meneruskan larangan pembiayaan AS untuk agensi itu sehingga sekitar Mac 2025.

“Kami amat kesal dengan keputusan Washington. Ia terhenti untuk tempoh terhad. Tahun depan, kami sekali lagi mempunyai kemungkinan untuk menerima tekanan akibat keputusan baharu,” katanya.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×