Israel lulus pelan serang Rafah, kekalkan harapan gencatan senjata

Israel luluskan pelan serang Rafah, kekalkan harapan gencatan senjata

RAKYAT Palestin menunaikan solat Jumaat pertama pada bulan Ramadan di hadapan runtuhan Masjid Al-Farouq di Rafah di selatan Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Israel meluluskan agenda serangan ke atas bandar Rafah di Gaza sambil mengekalkan harapan gencatan senjata dengan rancangan untuk menghantar satu lagi delegasi ke Qatar bagi membincangkan kemungkinan perjanjian tebusan dengan kumpulan pejuang Hamas.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, kelmarin beliau sudah meluluskan rancangan untuk menyerang bandar di pinggir selatan wilayah Palestin yang menjadi tempat perlindungan lebih separuh penduduk Gaza selepas lima bulan perang.

Sekutu global dan pengkritik menggesa Netanyahu untuk menangguhkan serangan ke atas Rafah kerana bimbang lebih ramai orang awam terkorban. 

Tetapi Israel tetap mendakwa lokasi itu adalah salah satu kubu terakhir Hamas yang sudah dijanjikan untuk dihapuskan selepas penduduk dipindahkan.

“Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sedang bersiap sedia untuk melaksanakan operasi itu bersama kerja-kerja untuk memindahkan penduduk,” kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun  tempoh masa tidak diberikan dan tiada bukti segera mengenai persiapan tambahan di lapangan.

Rundingan minggu ini gagal mencapai perjanjian gencatan senjata ketika bulan Ramadan. 

Tetapi pengantara Washington dan Arab masih bertekad untuk mencapai kesepakatan bagi mengelak serangan ke atas Rafah dan membenarkan bekalan makanan memasuki wilayah itu.

Kenyataan Israel mengatakan tuntutan Hamas untuk membebaskan tebusan masih tidak realistik, tetapi delegasinya akan tetap menuju ke Doha sebaik sahaja kabinet keselamatan selesai membuat perbincangan berhubung pendirian mereka terhadap situasi semasa.

“Netanyahu sedang cuba bermain dengan masa untuk melakukan lebih banyak jenayah pembunuhan beramai-ramai. Beliau jelas tidak berminat pun untuk mencapai persetujuan,” kata Pegawai Kanan Hamas, Sami Abu Zuhri.

Ketika ditemu bual saluran berita N12 Israel kelmarin, Menteri Perpaduan Nasional Israel, Chili Tropper berkata, masih terdapat jurang yang besar dalam kedudukan Israel dan Hamas.

“Kami harus jujur dengan orang ramai jika kami mencapai perjanjian membawa pulang anak lelaki dan perempuan yang gagal kami lindungi pada 7 Oktober lalu, ia harus datang dengan kos besar yang perlu dibayar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×