Indonesia: Harga barang termasuk beras naik menjelang Ramadan

Indonesia: Harga makanan termasuk beras naik menjelang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Rakyat Indonesia dilaporkan beratur panjang untuk membeli beras, gula dan makanan ruji lain susulan kenaikan harga barangan itu menjelang Ramadan.

Lapor The Straits Times, penuaian padi yang lemah menyebabkan harga barang meningkat dan mendorong kerajaan mengimport beras bagi memastikan bekalan mencukupi pada bulan Ramadan.

Namun, langkah itu tidak menghalang orang ramai beratur panjang di pasar dan bazar makanan yang disubsidi kerajaan kerana mahu menjimatkan wang.

Menurut peniaga, harga beras premium mencecah paras tertinggi sepanjang masa iaitu 18,000 rupiah (RM5.40) sekilogram pada akhir Februari.

Di Jakarta, kebanyakan wanita beratur di pejabat kerajaan dan padang yang digunakan sebagai pusat pengedaran oleh agensi logistik Bulog dan Kementerian Pertanian, yang mana makanan ruji itu dijual di bawah harga pasaran.

Beras lima kilogram (kg) dijual pada harga 59,500 rupiah (RM18) atau 11,900 rupiah (RM3.60) sekilogram di pusat itu, manakala di pasar pula harganya mencecah kira-kira 14,000 rupiah (RM4.20) sekilogram pada 7 Mac.

Seliter minyak masak berharga 14,000 rupiah (RM4.20), dianggarkan 14 peratus lebih murah berbanding di pasar.

Kelihatan orang ramai beratur beberapa jam sebelum penghantaran tiba di pusat pengedaran yang dikendalikan kerajaan, dengan setiap penduduk dihadkan membeli satu beg beras, satu liter minyak masak dan satu kilogram gula sahaja.

Di sesetengah pasar raya, pembeli terhad kepada satu pek beras 2.5 kg.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×