Gencatan senjata: Majlis Keselamatan PBB undi resolusi baharu

Gencatan senjata: Majlis Keselamatan PBB undi resolusi baharu, Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bersedia untuk mengundi draf resolusi baharu selepas usaha menuntut gencatan senjata dalam perang berterusan Israel di Gaza gagal.   

Draf resolusi yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat (AS) hanya bersifat gesaan semata-mata tetapi tidak menuntut gencatan senjata dalam serangan kejam tentera Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Al-Jazeera.  

Hal ini berikutan dua anggota tetap UNSC memilih untuk memvetokan keputusan mereka.

Draf yang dikemukakan di hadapan badan itu menerima 11 undi menyokong, tiga menentang dari Russia, China dan Algeria serta satu berkecuali iaitu Guyana.

Dalam masa sama, pejuang Hamas dilaporkan memberi penghargaan susulan tindakan Russia dan China yang menggunakan kuasa veto untuk membantah draf resolusi gencatan senjata itu. 

Menurut Hamas, draf itu mengandungi ‘kata-kata mengelirukan yang bersubahat’ dengan Israel dan ‘membenarkan perlindungan serta keabsahan untuk melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza’.

“Kami merakamkan penghargaan atas pendirian Russia, China dan Algeria menolak resolusi pencerobohan AS yang berat sebelah terhadap rakyat kami,” kata kumpulan pejuang Palestin itu menerusi kenyataan rasmi.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, sekali lagi meninggalkan Asia Barat dengan tangan kosong apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak rayuan Washington untuk menangguhkan pencerobohan darat yang dirancang di selatan Rafah.  

Sedangkan lokasi di selatan Gaza itu menyaksikan 1.5 juta rakyat Palestin mendapatkan perlindungan terakhir sejak serangan 7 Oktober lalu.  

Sekurang-kurangnya 32,070 rakyat Palestin terbunuh dan 74,298 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza. 

Angka kematian di Israel akibat serangan balas Hamas ialah 1,139, dengan berpuluh-puluh individu ditawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya