CPJ kecam Israel tahan, pukul wartawan Al Jazeera 

CPJ kecam Israel tahan, pukul wartawan Al Jazeera 

ISMAIL al-Ghoul ditahan oleh tentera Israel ketika membuat liputan di hospital Hospital Al-Shifa di utara Gaza.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) mengecam penahanan wartawan Arab Al Jazeera, Ismail al-Ghoul dan pasukannya oleh tentera Israel di Hospital al-Shifa di Gaza kelmarin.

“Wartawan memainkan peranan penting dalam peperangan. Mereka adalah mata dan telinga yang kami perlukan untuk mendokumentasikan apa yang berlaku kepada dunia.

“Namun dengan setiap wartawan yang ditangkap dan terbunuh, keupayaan kami untuk memahami apa yang berlaku di Gaza berkurangan dengan ketara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah konflik terburuk bagi wartawan yang pernah didokumenkan oleh kami dan keadaan semakin teruk,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CPJ, Jodie Ginsberg.

Ismail dilaporkan dibebaskan selepas ditangkap selama 12 jam dan dipukul teruk oleh tentera Israel di Hospital al-Shifa di Gaza City.

Ismail berada di sana awal pagi Isnin lalu bersama rakannya dan wartawan lain untuk membuat liputan serbuan keempat tentera Israel di hospital berkenaan, di mana beribu-ribu orang awam terperangkap termasuk kakitangan perubatan, pesakit dan keluarga yang kehilangan tempat tinggal.

Saksi berkata, wartawan Al Jazeera itu diseret oleh tentera Israel yang turut memusnahkan kenderaan kru berita penyiaran di kemudahan perubatan itu.

Ismail memberitahu Al Jazeera, tentera Israel memusnahkan peralatan mereka dan menangkap wartawan yang berkumpul di dalam bilik yang digunakan oleh pasukan media untuk membuat liputan. 

Pakaian mereka kemudian dilucutkan dan dipaksa baring dengan mata ditutup dan tangan diikat.

“Tentera Israel akan melepaskan tembakan untuk menakutkan kami jika terdapat sebarang pergerakan.

“Saya mendengar beberapa rakan sekerja turut dibebaskan, tetapi tidak mempunyai maklumat yang mencukupi tentang keberadaan mereka,” jelasnya.

Hospital Al-Shifa yang terbesar di Semenanjung Gaza, berkhidmat sebagai pangkalan untuk wartawan melaporkan tentang perang Israel selama lebih lima bulan ke atas kawasan Palestin.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, sejak awal minggu ini, tentera rejim Zionis melancarkan peluru berpandu serta melepaskan tembakan ke arah salah satu bangunan hospital itu, membunuh dan mencederakan rakyat Palestin yang berlindung di kawasan berkenaan.

Sebahagian halaman hospital itu turut dimusnakan dengan jentolak dan tentera Israel juga menangkap lebih 80 rakyat Palestin yang lain, termasuk kakitangan perubatan, wanita dan beberapa wartawan lain.

“Tentera Israel membuat senarai dakwaan bahawa mereka sedang mencari orang yang dikehendaki di dalam kompleks itu tetapi setakat ini tidak memberikan sebarang bukti yang kukuh untuk membenarkan apa yang berlaku di dalam al-Shifa,” kata wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud yang turut berada di hospital itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×