GAZA CITY: Briged al-Qassam memaklumkan pasukan pejuangnya berjaya melancarkan dua serangan dengan melepaskan 40 roket dari arah selatan Lubnan menyasarkan tapak tentera Israel. Lapor Palestine Chronicle, briged al-Qassam menegaskan serangan itu merupakan tindak balas terhadap genosid dilakukan Israel di Gaza dan pembunuhan beberapa komander di pinggir bandar selatan Lubnan. Sayap tentera Hamas itu dalam satu kenyataan menjelaskan pasukan pejuangnya mengebom ibu pejabat Briged Timur ke-769, Kem Gibor dan Berek Lapangan…










