‘Zombie fire’ serang Kanada

‘Zombie fire’ serang Kanada

ASAP tebal dilihat akibat kebakaran musim sejuk di Fort Nelson di British Columbia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Walaupun Kanada kini dilanda musim sejuk, namun, bara api akibat kebakaran hutan tahun lalu masih kekal dan terus memusnahkan beberapa kawasan di negara itu. 

Fenomena aneh dipanggil ‘zombie fire’ masih merebak di bawah lapisan salji tebal pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menimbulkan kebimbangan tentang musibah yang bakal dibawa oleh musim panas akan datang.

Orang ramai yang memandu di lebuh raya melalui bandar Fort Nelson, British Columbia pada musim sejuk dengan mudah boleh melihat dan menghidu awan asap putih keluar dari tanah di sekeliling mereka.

Ahli bomba dan saintis, Sonja Leverkus yang tinggal timur laut bandar berkenaan turut berkongsi pengalamannya memandu semasa ribut salji pada bulan November lalu tetapi ais di situ tidak kelihatan putih.

Sebaliknya, Leverkus berkata, salji tebal berwarna kelabu kebiruan kerana bercampur dengan asap di udara.

“Saya tidak pernah mengalami ribut salji yang berbau seperti asap sejak 15 tahun tinggal di sini,” katanya kepada BBC.

Tambahnya, kepulan asap itu masih kelihatan sehingga kini walaupun pada hari-hari yang sejuk apabila suhu menjunam mencecah -40 darjah Celsius.

Wilayah jiran Alberta turut menyaksikan peningkatan fenomena serupa dengan 57 kebakaran musim sejuk direkodkan pada awal Februari, hampir 10 kali ganda daripada jumlah purata sejak lima tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN