Vlogger permainan video tertua dunia

Vlogger permainan video tertua dunia

YANG Binglin bersama sijil Rekod Dunia Guinness dimilikinya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang warga emas berusia 88 tahun dari China dinobat sebagai pencipta kandungan permainan video tertua oleh Rekod Dunia Guinness.

Yang Binglin atau dikenali sebagai ‘Grandpa Yang’ menjadi sensasi media sosial di China selepas mula berkongsi klip sesi permainannya di platform perkongsian video Bilibili.

Warga emas dari wilayah Sichuan itu mempunyai lebih daripada 280,000 pengikut di web berkenaan dan kerap menyiarkan vlog tentang pengalamannya dengan permainan termasuk Tomb Raider dan Call of Duty.

Menurut UPI, Binglin sudah menyiarkan lebih 70 video permainan pada akaun Bilibili dan klip dia bermain Hitman: World of Assassination kini menerima lebih dua juta tontonan.

Binglin dianugerahkan Rekod Dunia Guinness pada 25 Disember tahun lalu selepas namanya mula tular dan mendapat perhatian ramai warga net yang kagum dengan kehebatannya.

Walaupun mempunyai ramai pengikut, Binglin sentiasa menggalakkan peminat mudanya untuk membuat jadual bagi memastikan mereka tidak terlalu obses dengan permainan video hingga mengganggu pelajaran dan tugas harian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN