JAKARTA: Indonesia akan mengadakan pilihan raya Rabu ini melibatkan pengagihan peti undi dengan menggunakan bot, kapal terbang, kuda dan gajah merentasi kepulauan luas di negara itu. Hampir 205 juta layak mengundi dalam pilihan raya presiden, parlimen dan wilayah dalam tempoh enam jam pengundian dengan pegawai bersiap sedia menghadapi kemungkinan hujan lebat, serangan siber dan penipuan. Pilihan raya itu akan diadakan di tiga zon waktu, bermula di wilayah paling timur Papua…










