‘Bayi naga’ mampu tingkat populasi di China

‘Bayi naga’ mampu tingkat populasi di China

ORANG ramai berjalan melepasi figura naga semasa perayaan Tanglung di sebuah taman di Beijing.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Lebih ramai bayi dilahirkan di hospital di seluruh China pada Tahun Naga, peningkatan yang boleh mengurangkan penurunan populasi pada 2024 dan membawa keceriaan kepada pembuat dasar di negara ini.

Menurut laporan berita kewangan Yicai, tanda zodiak Naga dipercayai sangat bertuah dan data daripada hospital sepanjang Tahun Baharu Cina yang bermula pada 10 Februari lalu menunjukkan bilangan bayi baru lahir meningkat dengan ketara.

Akhbar itu memetik data sebuah hospital di Wux di timur China yang melaporkan peningkatan 20 peratus dalam bilangan bayi baru lahir berbanding setahun lalu, manakala sebuah hospital di wilayah barat laut Shaanxi turut mencatat peningkatan 72 peratus dalam kelahiran baru berbanding 2023.

Kadar perkahwinan di China berkait rapat dengan kadar kelahiran kerana ibu yang belum berkahwin sering dinafikan faedah membesarkan anak dan pada tahun lepas, jumlah pendaftaran perkahwinan meningkat buat kali pertama dalam beberapa tahun.

Penggubal dasar China bimbang tentang penurunan kelahiran dalam populasi yang semakin tua, dengan Presiden, Xi Jinping menegaskan untuk memupuk secara aktif budaya baru perkahwinan dan melahirkan anak demi pembangunan negara.

Ramai golongan muda memilih untuk kekal bujang atau menangguhkan perkahwinan kerana prospek pekerjaan yang lemah, rekod tinggi pengangguran belia dan keyakinan pengguna yang rendah secara kronik apabila pertumbuhan ekonomi kedua terbesar dunia itu semakin perlahan.

Pakar demografi berkata, ledakan ‘bayi naga’ mungkin tidak bertahan lama kerana masih ramai wanita memilih untuk kekal tanpa anak kerana kos penjagaan yang tinggi serta keengganan untuk berkahwin atau meninggalkan kerjaya mereka akibat diskriminasi jantina yang masih berlaku.

Kajian oleh Institut Dasar Beijing melaporkan, usaha membesarkan anak membawa kepada pengurangan jam kerja bergaji dan kadar bayaran bagi wanita di negara itu sebaliknya mata pencarian lelaki sebahagian besarnya kekal tidak berubah.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN