SYDNEY: Sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan di Australia mencipta Rekod Dunia Guinness apabila berjaya menarik penyertaan 509 orang dalam acara mandi ais di kawasan pantai terkenal di negara itu.
Syarikat One Life Live It menganjurkan percubaan untuk mencatat rekod aktiviti mandi ais serentak paling ramai di Pantai Leighton di Fremantle, Australia Barat pada 20 Januari lalu.
Syarikat itu menyediakan puluhan kolam angin besar yang diletakkkan di kawasan tepi pantai dengan 12 peserta masuk bersama-sama di setiap kolam yang dipenuhi air dan ais.
Para peserta dikehendaki kekal berendam sehingga ke pangkal leher mereka selama sekurang-kurangnya tiga minit untuk melayakkan diri dalam mencipta rekod berkenaan.
Seramai 537 orang membuat percubaan, tetapi hanya 509 yang berjaya menempuh cabaran yang ditetapkan itu.
Jumlah itu cukup untuk melepasi sasaran 483 orang dan mencatatkan rekod baharu bagi aktiviti sedemikian.
Seorang juri dan pemerhati Rekod Dunia Guinness turut hadir bagi mengesahkan kejayaan aktiviti itu dan menyerahkan sijil rasmi kepada penganjur.-AGENSI










