Zionis berbohong ada tempat selamat di Gaza, mahu bunuh ramai lagi penduduk

Zionis berbohong ada tempat selamat di Gaza, mahu bunuh ramai lagi penduduk

SEORANG wanita warga emas yang cedera akibat serangan tentera Zionis duduk di atas serpihan runtuhan bangunan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Zionis dituduh berbohong mengenai wujudnya kawasan selamat di Semenanjung Gaza.

Pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan berkata, tiada lagi kawasan selamat di wilayah itu selepas Israel meningkatkan operasi ketenteraannya.

Kata Osama, Zionis sengaja memberitahu bahawa masih terdapat tempat selamat di Gaza kerana ingin mengaburi mata dunia untuk membolehkan mereka melancarkan serangan semahu-mahunya.

Selain itu, Osama juga menyatakan pembohonan itu sebagai rancangan jahat Zionis untuk memerangkap penduduk Gaza dengan niat membunuh mereka.

“Mengenai pencerobohan oleh Israel di Semenanjung Gaza, telah menjadi jelas bahawa dakwaan pendudukan sejak permulaan perang agresifnya tentang kewujudan kawasan selamat di selatan Gaza.

“Untuk rakyat melarikan ke sana adalah rancangan dan perangkap untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

“Tidak ada kawasan selamat, mahupun di utara Semenanjung Gaza, mahupun di selatan, mahupun di mana-mana kawasan lain. Tunjukkan kepada kami jika ada tempat yang selamat ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Osama turut menyeru Belgium dan Sepanyol untuk berani mengetuai gerakan Eropah dan antarabangsa bagi melawat Gaza dan menyaksikan penderitaan rakyatnya.

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo berkata, beliau sudah bercakap dengan Presiden Israel mengenai Gaza dan menggesa supaya tiada lagi penduduk awam menjadi mangsa pertempuran.

Dalam serangan terbaharu 24 jam lalu, lebih 700 penduduk Gaza terbunuh dan jumlah itu merupakan satu daripada angka kematian tertinggi sejak perang bermula pada 7 Oktober lalu.

Lebih keji, tentera Zionis turut melepaskan tembakan ke arah ambulans di utara Gaza.

Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan, dua paramedik dan orang awam cedera selepas tentera Israel melepaskan tembak ke arah ambulans di Faluja, utara Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya