Pelanggan sanggup bayar demi 'makan penampar Jepun'

Pelanggan sanggup bayar demi ‘makan penampar Jepun’

TANGKAP layar menunjukkan seorang pelanggan ditampar oleh pelayan di bar Izakaya Shachihoko-ya di Nagoya, Jepun.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAGOYA: Sebuah bar di Jepun mendapat kecaman kerana menawarkan perkhidmatan kontroversi menampar muka pelanggan sebelum pesanan dihidangkan.

Bar Izakaya Shachihoko-ya di Nagoya menghidangkan makanan ringan bersama dengan ‘tamparan hebat’ yang disampaikan oleh kakitangan wanitanya.

Perkhidmatan pelik itu dikatakan menghidupkan semula perniagaan itu, menarik lebih ramai pelanggan yang bersedia untuk mencuba pengalaman menyakitkan itu.

Pada mulanya, tamparan pada wajah muka dilakukan oleh hanya seorang kakitangan atas permintaan pelanggan.

Namun apabila permintaan semakin meningkat, pihak pengurusan mengupah beberapa gadis yang bersedia untuk ‘menghadiahkan’ penampar kepada pelanggan, bahkan mula mengenakan bayaran sebanyak 100 yen (RM3.19) bagi setiap tamparan.

Media berbahasa Cina Liberty Times Net baru-baru ini menerbitkan laporan mengenai perkhidmatan pelik itu, mendakwa ada yang mengenakan bayaran sehingga 500 yen (RM15.98) jika mahu pelanggan memilih kakitangan mana yang akan menampar mereka.

“Perkhidmatan itu menjadi popular bukan sahaja dalam kalangan lelaki dan wanita Jepun tetapi juga pelancong asing. Semakin kuat kakitangan wanita menampar, semakin teruja pelanggan.

“Pengunjung bukan sahaja tidak marah, malah mereka kelihatan lebih tenang selepas dipukul. Mereka juga akan berterima kasih kepada kakitangan yang melakukannya,” jelas laporan itu

Bagaimanapun, selepas laporan tersebut tular, bar itu memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan tersebut dan bulan lalu, mengeluarkan pengumuman di laman X, menggesa orang ramai supaya tidak datang dengan harapan untuk ditampar.

“Shachihoko-ya pada masa ini tidak lagi menawarkan perkhidmatan menampar muka. Kami menghargai perhatian yang diterima tetapi kami tidak dapat menampung kunjungan dengan niat untuk ditampar,” katanya.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.