Zionis umum teruskan bedil Gaza selepas gencatan senjata berakhir - Utusan Malaysia

Zionis umum teruskan bedil Gaza selepas gencatan senjata berakhir

TENTERA Israel berkawal di dalam kereta kebal ketika operasi ketenteraan di utara Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel umum akan meneruskan operasi ketenteraan di Gaza selepas gencatan senjata tamat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Herzi Halevi yang menyifatkan tentera IDF kini ‘amat bersedia’ untuk meneruskan pertempuran.

“IDF sudah bersedia bila-bila masa untuk meneruskan pertempuran menentang Hamas di Gaza.

“Kami menggunakan hari-hari jeda sebagai sebahagian daripada rangka kerja untuk belajar, mengukuhkan kesediaan kami dan meluluskan rancangan operasi masa depan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut mengulangi amaran akan menyambung operasi ketenteraan di Gaza setelah selesai perbincangan bersama kabinet Israel.

Netanyahu juga memaklumkan, tiga matlamat yang ingin dicapai Israel termasuk pembebasan tebusan, ‘menjadikan Gaza seperti keadaan sedia ada’ dan menghapuskan kumpulan pejuang Hamas.

Gencatan senjata antara Hamas dan Israel disambung lagi dua hari sejak Jumaat lalu, menyaksikan sejumlah tebusan dan tahanan Palestin dibebaskan.

Banyak pihak menuntut supaya gencatan senjata itu dikekalkan selamanya tanpa mengikut keadaan, namun Israel sehingga keberatan untuk melaksanakannya dengan alasan mereka perlu menghapuskan Hamas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya