'Mereka tahu Israel salah, tapi sengaja buat tak tahu'

‘Mereka tahu Israel salah, tapi sengaja buat tak tahu’

JOSH PAUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kebimbangan dasar dalam negeri menyebabkan kebanyakan pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) sengaja ‘membutakan mata, memekakkan telinga’ mengenai jenayah perang yang dilakukan Israel di Palestin, terutamanya di Gaza.

Perkara itu didedahkan oleh bekas pegawai kanan Jabatan Negara AS yang meletak jawatan sebagai protes terhadap kekejaman Zionis di Gaza.

Josh Paul yang merupakan seorang daripada pegawai berprofil tinggi mencetuskan kekecohan di Washington apabila beliau meletak jawatan pada bulan lalu.

Dalam temu bual, beliau menyatakan, biarpun ramai pegawai rasa terganggu dengan tindakan tentera Israel di Gaza, namun mereka tetap menutup mata terhadap peraturan yang mengawal pemindahan senjata.

Sebagai bekas pengarah Kongres dan Hal Ehwal Awam di Biro Hal Ehwal Politik Ketenteraan Jabatan Negara AS, Paul membantu menyelia pemindahan senjata kepada sekutu AS termasuk Israel selama 11 tahun.

“Pada pandangan saya, Israel sudah melakukan jenayah perang di Gaza dan sebenarnya, bukan saya sahaja yang berpendapat begitu.

“Ramai lagi pegawai rasakan perkara yang sama, namun mereka tidak berani untuk menyatakannya secara terbuka,” kata Paul.

Namun, kerajaan AS terus membekalkan senjata kepada Israel biarpun mengetahui senjata itu digunakan untuk membunuh orang awam.

Jelas Paul, kritikan terhadap Israel sering dilihat sebagai landasan ketiga dalam politik AS, khususnya dalam Kongres.

“Perkara itu menjadi penghalang kepada pegawai AS untuk keluar dan menyatakan pandangan mereka secara terbuka biarpun mereka tahu itu salah dan perlu diperbetulkan.

“Kami juga tidak boleh berbincang dan kami hanya dikerahkan supaya memastikan bekalan senjata kepada Israel berjalan lancar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya