Zionis dakwa jumpa 1,500 mayat pejuang Hamas di Israel - Utusan Malaysia

Zionis dakwa jumpa 1,500 mayat pejuang Hamas di Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kira-kira 1,500 mayat pejuang Hamas ditemui di Israel sekitar Semenanjung Gaza ketika Israel menyerang kawasan Palestin dengan serangan udara, menurut jurucakap tentera, Richard Hecht kepada pemberita hari ini.

Katanya, pasukan keselamatan ‘lebih atau kurang mengawal semula sempadan’ dengan Gaza.

“Sejak malam tadi tiada siapa masuk.. tetapi penyusupan masih boleh berlaku,” katanya.

Katanya, tentera ‘hampir menyelesaikan’ pemindahan semua penduduk yang mendiami sekitar sempadan.

Hecht berkata, tentera mengerahkan 35 batalion ke kawasan sempadan.

“Kami sedang membina infrastruktur untuk operasi akan datang,” katanya.

Serangan maut oleh pejuang Hamas yang menyerbu pagar sempadan di bawah serangan roket pada pagi Sabtu dan membunuh lebih 900 orang di dalam kawasan Israel.

Sebagai tindak balas Israel melakukan pengeboman udara dan artileri besar-besaran ke atas sasaran Hamas di Semenanjung Gaza yang setakat ini membunuh sekurang-kurangnya 687 orang di kawasan pinggir pantai.

Sebelum subuh hari ini, tentera Israel menyerang lokasi yang dikatakan sebagai sasaran Hamas di Gaza, terutama di kawasan kejiranan Rimal dan di bandar selatan Khan Yunis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN