Perang Gaza menjejaskan ekonomi negara serantau - IMF - Utusan Malaysia

Perang Gaza menjejaskan ekonomi negara serantau – IMF

SERANGAN Israel tidak memadamkan semangat rakyat Palestin di Gaza untuk terus berjuang. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Perang antara Hamas dan Israel di Gaza menjejaskan ekonomi negara serantau.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsam Kristalina Georgieva dalam satu forum pelaburan di sini hari ini.

“Anda lihat negara jiran, Mesir, Lubnan, Jordan, sudah nampak impaknya (perang Gaza),” katanya dalam Inisiatif Pelaburan Masa Depan (FII) di sini.

Perang Gaza menyebabkan lebih 1,400 terkorban.

Menurut Georgieva, perang itu juga boleh memberi tamparan hebat kepada ekonomi global. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN