Pelajar 16 tahun ditahan susulan kematian Muhammad Idlan Fareeq

Pelajar 16 tahun ditahan susulan kematian Muhammad Idlan Fareeq

ALZAFNY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan polis susulan kematian seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Za’aba (SMK Za’ba) di Kuala Pilah semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam semalam di sebuah asrama sekolah di daerah Kuala Pilah.

“Polis memaklumkan berhubung satu kejadian mendatangkan cedera terhadap seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun. Mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah dan disahkan meninggal dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan kejadian tersebut, polis telah menjalankan siasatan segera di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan telah menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malam tadi, mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan.

Allahyarham dipercayai menjadi mangsa buli.

Mayat mangsa kemnudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat.

Alzafny berkata, polis sedang meneliti semua fakta dan bukti bagi menentukan punca dan motif sebenar kejadian.

Tambahnya, polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau menularkannya sehingga boleh menjejaskan siasatan serta privasi keluarga para pelajar terlibat.

“Polis memandang serius sebarang kejadian keganasan yang melibatkan pelajar khususnya kejadian yang mengakibatkan kehilangan nyawa,” ujarnya.

Jelasnya, polis menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×