Mesir enggan buka koridor selamat untuk orang awam dari Palestin, terus sokong Gaza - Utusan Malaysia

Mesir enggan buka koridor selamat untuk orang awam dari Palestin, terus sokong Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Mesir menolak cadangan membuka koridor selamat bagi orang awam dari Semenanjung Gaza, menurut Sputnik yang memetik laporan The Jerusalem Post, semalam.

Mesir telah berbincang dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain untuk menyediakan bantuan kemanusiaan melalui sempadannya dengan Semenanjung Gaza, namun menolak sebarang cadangan mewujudkan koridor selamat untuk pelarian melarikan diri dari kawasan itu, demi melindungi ‘hak rakyat Palestin mempertahankan perjuangan mereka dan tanah mereka’, lapor akhbar itu yang memetik sumber.

Penyelaras White House bagi Komunikasi Strategik, John Kirby, semalam berkata AS terbabit secara aktif dalam perbincangan dengan pihak berkuasa Israel dan Mesir untuk merencana laluan selamat orang awam di rantau itu.

CNN memetik kenyataan seorang pegawai kanan Israel bahawa rundingan sedang dijalankan untuk membenarkan warga AS dan Palestin meninggalkan Semenanjung Gaza menuju ke Mesir sebelum kemungkinan bermulanya operasi tentera Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN