Mahkamah India tolak `halalkan' perkahwinan sejenis

Mahkamah India tolak `halalkan’ perkahwinan sejenis

PENGAMAL media berkumpul di luar Mahkamah Agung di New Delhi, India untuk mendengar keputusan mengenai perkahwinan sejenis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Mahkamah Agung India menolak untuk `menghalalkan’ perkahwinan sama jantina di negara itu, dengan menyatakan pihaknya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk berbuat demikian.

Malah, Ketua Hakim Mahkamah Agung, D.Y. Chandrachud semasa penghakimannya menegaskan apa-apa pembaharuan dalam isu tersebut perlu melalui keputusan Parlimen.

“Perkara itu terletak dalam bidang kuasa Parlimen dan dewan undangan negeri untuk menentukan undang-undang perkahwinan sejenis,” katanya.

Sebaliknya, mahkamah menerima cadangan kerajaan untuk menubuhkan panel bagi mempertimbangkan hak undang-undang dan sosial kepada pasangan sama jantina.

Panel lima hakim mendengar hujah permohonan pengesahan perkahwinan sejenis bermula April dan selesai pada Mei lalu.

Peguambela yang mewakili hampir 20 pempetisyen menyatakan bahawa sudah tiba masanya India memberi layanan sama rata kepada komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) sepertimana rakyat lain di bawah Perlembagaan negara itu.

Terdahulu, pempetisyen memaklumkan kebenaran untuk berkahwin sesama jantina akan membantu golongan tersebut mendapat akses beberapa faedah perundangan perkahwinan termasuk pengambilan anak angkat, insurans dan harta pusaka.

Sementara itu, Chandrachud menyatakan India masih mempunyai tanggungjawab untuk mengiktiraf hubungan sejenis dan melindungi golongan itu daripada diskriminasi.

“Mahkamah ini mengiktiraf bahawa hak kesaksamaan bagi mengelakkan diskriminasi terhadap komuniti tersebut,” katanya.

Keputusan itu bagaimanapun disambut oleh kekecewaan oleh penyokong LGBTQ dan aktivis yang berkumpul di luar mahkamah.

Mereka mengharapkan India menjadi negara Asia kedua selain Taiwan yang mengiktiraf perkahwinan sejenis. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya