Hamas bebaskan dua tebusan warga AS - Utusan Malaysia

Hamas bebaskan dua tebusan warga AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan Hamas membebaskan dua rakyat Amerika Syarikat (AS) semalam, antara kira-kira 200 tebusan yang diculik dalam serangan 7 Oktober di Israel dan mungkin lebih ramai lagi akan dibebaskan.

Mangsa culik, Judith Tai Raanan dan anak perempuannya Natalie Shoshana Raanan dilaporkan kembali ke Israel semalam, menurut Israel.

Bagaimanapun tiada butiran diberikan mengenai keadaan mereka tetapi Presiden AS, Joe Biden menzahirkan rasa gembira dengan berita berkenaan.

Kumpulan Hamas berkata, mereka bekerjasama dengan Qatar dan Mesir untuk membebaskan tebusan orang awam, ssekali gus memberi tanda lebih banyak tebusan akan dibebaskan tidak lama lagi.

“Berikutan pendekatan Qatar dan Mesir, Briged al-Qassam membebaskan dua warga Amerika atas sebab kemanusiaan,” menurut Hamas.

Pasangan itu ditemui di sempadan Gaza oleh wakil Israel dan kedua-dua wanita itu dibawa ke pangkalan tentera di tengah Israel, tempat keluarga mereka menunggu.

Dilaporkan ibu dan anak perempuan yang sedang bercuti itu diculik dari Nahal Oz berhampiran sempadan Israel-Gaza pada 7 Oktober lalu.

Seperti kebanyakan tebusan, keluarga Ranaan juga melancarkan kempen antarabangsa untuk mendesak usaha membawa mereka keluar dari Gaza. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN