Banjir buruk di Ghana paksa puluhan ribu penduduk berpindah

Banjir buruk di Ghana paksa puluhan ribu penduduk berpindah

TANGKAP layar video sebuah kawasan terjejas akibat banjir di Ghana. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Hujan lebat yang mencetuskan banjir buruk di timur Ghana memaksa hampir 26,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka atas arahan pihak berkuasa.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pertubuhan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMO).

Banyak tanaman penduduk musnah dan sekolah terpaksa ditutup selepas dua empangan hidro-elektrik melimpah di Akosombo dan Kpong.

“Kami berjaya memindahkan ramai penduduk yang terjejas ke tempat selamat.

“Kira-kira 26,000 penduduk yang kebanyakannya merupakan wanita dan kanak-kanak sudah dipindahkan.

“Apa mereka perlukan ketika ini adalah bekalan air, makanan dan ubat-ubatan. Kami sedang bekerjasama dengan kerajaan untuk menguruskannya,” kata Timbalan Ketua Pengarah NADMO, Seji Saji.

Setakat ini, tiada kes kematian akibat bencana itu dilaporkan.

Dalam pada itu, seorang penduduk bernama Mercy Tamakloe, 35, berkata, semua barang miliknya termasuk harta benda sudah lenyap dalam bencana itu.

“Semuanya sudah tiada. Saya tidak tahu bagaimana untuk bangkit tetapi sekurang-kurangnya saya masih hidup,” katanya yang juga merupakan penjual makanan.

Seorang petani bernama David Fui Banini menyatakan banjir itu memusnahkan ladang jagungnya seluas 1.6 hektar.

Justeru, dia menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan memberi pampasan kerana musibah itu luar daripada kawalan mereka.

Sementara itu, tentera laut Ghana memaklumkan ribuan penduduk diselamatkan di Wilayah Volta, bersempadan dengan Togo selepas paras air dari empangan meningkat.

“Setakat ini semua terkawal dan kami berjaya menyelamatkan lebih 8,000 penduduk di sembilan daerah yang terjejas di rantau ini,” kata Commodore EA, Kwafo.

Presiden Ghana, Nana Akufo-Addo menubuhkan jawatankuasa untuk menyelaraskan usaha menyelamat secara berterusan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya