Berjasa, Iman sah mohon sertai PN

Berjasa, Iman sah mohon sertai PN

ZAMANI IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Islam Se-Tanah Air (Iman) mengesahkan telah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim berkata, penyertaan parti itu ke dalam PN penting ketika negara berdepan landskap politik yang memerlukan kekuatan politik Melayu diperkukuhkan menerusi kerjasama lebih besar antara parti-parti Melayu dan Islam.

Katanya, pendekatan PN yang terbuka menerima penyertaan parti-parti baharu dilihat sebagai langkah positif ke arah penyatuan politik Melayu dan Islam secara lebih menyeluruh.

“Berjasa telah menghantar permohonan untuk menyertai PN dan kami melihat perkara ini penting kerana negara ketika ini sangat memerlukan kepada pengukuhan kuasa Melayu yang dominan.

“Berjasa yakin mampu menyumbang ke arah memperkukuh dominasi tersebut selain membantu merapatkan jurang serta perpecahan dalam kalangan parti-parti Melayu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, penyertaan Berjasa dalam PN juga memberi isyarat jelas bahawa parti itu bersedia untuk bertanding menggunakan logo PN pada pilihan raya akan datang sekiranya diterima menyertai gabungan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Islam Se-Tanah Air (Iman), Datuk Mohamed Ismail Ibrahim berkata, pihaknya telah menghantar permohonan untuk menyertai PN sejak 2002 dan kini hanya menunggu keputusan rasmi daripada kepimpinan gabungan itu.

Katanya, sekiranya permohonan tersebut diterima, pihaknya ingin merakamkan penghargaan kepada semua presiden parti dalam PN yang bersedia membuka ruang kerjasama politik lebih besar.

“Apa pun kami menunggu keputusan daripada PN. Sekiranya diterima, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua presiden parti dalam PN,” katanya.

Dalam pada itu, usaha mendapatkan reaksi daripada Parti Pejuang Tanah Air dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berhubung perkara tersebut masih belum berjaya apabila pihak berkenaan gagal dihubungi setakat ini.

Semalam, media melaporkan, empat parti baharu bakal menyertai PN dan perkara itu dijangka disahkan dalam mesyuarat PN pada 16 Mei ini di sebuah hotel di ibu negara.

Difahamkan, antara parti tersebut adalah Parti Berjasa Malaysia (Berjasa), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN