Siasatan banjir Libya: Empat lagi pegawai ditahan

Siasatan banjir Libya: Empat lagi pegawai ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGHAZI: Pendakwa raya Libya mengarahkan empat lagi pegawai ditahan bagi membantu siasatan berkaitan insiden banjir dahsyat yang mengorbankan ribuan orang di Derna, baru-baru ini.

Penangkapan itu membawa kepada seramai 12 individu ditahan setakat ini, sebagai sebahagian daripada proses siasatan tersebut.

Pejabat pendakwa raya di Tripoli dalam satu kenyataan memaklumkan empat suspek itu termasuk dua ahli majlis perbandaran Derna ditahan kerana disyaki terlibat `pengurusan pentadbiran serta kewangan tidak baik’ yang menjadi tanggungjawab mereka.

Isnin lalu, pejabat pendakwa raya mengarahkan lapan pegawai ditahan termasuk Datuk Bandar Derna yang dipecat selepas kejadian banjir.

Pendakwa raya Libya, Al-Seddik al-Sour berada di bawah pentadbiran di barat negara ini yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

Di timur Libya yang dilanda banjir, disokong oleh orang kuat tentera Khalifa Haftar.

Banjir disebabkan oleh Taufan Daniel, melanda timur Libya pada 10 September lalu sehingga mengakibatkan sekurang-kurang 3,893 orang maut dan ribuan lagi dilaporkan hilang.

Bandar di tepi laut Derna dilaporkan kawasan paling terkesan dilanda banjir kilat yang mana rata-rata saksi menggambarkan kejadian itu umpama seperti tsunami.

Ketika kejadian, dua empangan pecah menyebabkan arus derasnya menghanyutkan seluruh kawasan kejiranan itu ke laut Mediterranean.

Sementara itu, kerajaan memaklumkan pihaknya merancang untuk menganjurkan persidangan penderma antarabangsa di Benghazi pada 10 Oktober depan untuk memberi tumpuan kepada usaha pembinaan semula kawasan terjejas akibat banjir.

Bagaimanapun, kegagalan melibatkan kerajaan Tripoli mendapat kecaman meluas daripada para penderma. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya