SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan semalam oleh mahkamah Singapura selepas didapati bersalah merogol remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga anak kekasihnya, sekalipun mengetahui mangsa pernah dirogol oleh bapa tirinya tiga tahun lalu.
Ekoran pelakuan jenayah itu, mangsa dilaporkan mengalami gangguan emosi dan pernah terlintas di fikirannya untuk mencederakan dirinya selepas dianiaya oleh dua lelaki.
Tertuduh yang berusia 44 tahun yang namanya tidak dapat didedahkan kerana mahu melindungi mangsa, mengakui bersalah atas satu dakwaan rogol ke atasnya.
Sementara, hukuman berhubung empat dakwaan lain ke atas tertuduh sedang dalam pertimbangan mahkamah.
Mahkamah turut diberitahu bapa kandung mangsa terputus hubungan dengannya sekitar 2016 atau 2017.
Di antara tahun 2017 and 2020, mangsa dilaporkan berhadapan dengan penderaan seksual dan rogol oleh bapa tirinya.
Lelaki berkenaan bagaimanapun sudah dihukum penjara 18 tahun pada Jun lalu.
Pada awal tahun 2020, remaja berkenaan bersama ibunya berpindah ke sebuah pangsapuri baharu, di mana dia bertemu dengan tertuduh yang juga jiran mereka.