PM Thailand umum rancangan kurangi beban rakyat

PM Thailand umum rancangan kurangi beban rakyat

SRETTHA THAVISIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Perdana Menteri baharu Thailand, Srettha Thavisin menyatakan kerajaan pimpinannya akan melancarkan lebih banyak dasar menjelang akhir tahun ini bagi meringankan beban rakyat.

Antara rancangan itu termasuk menurunkan kos sara hidup dan menaikkan gaji minimum harian.

Srettha juga memaklumkan beliau akan memulihkan sektor eksport negara ini yang dilihat lemah, selain meningkatkan keyakinan pelaburan bagi menjadikan Thailand kekal sebagai ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara.

Katanya, dasar-dasar itu membabitkan beberapa siri langkah populis, termasuk menangguhkan hutang untuk petani, menaikkan gaji minimum dan memberikan bantuan kepada semua penduduk dewasa melalui dompet digital.

“Kerajaan sudah pun menurunkan tarif elektrik, namun rancangan bantuan rakyat bukan setakat itu sahaja.

“Banyak lagi kita akan turunkan dan ia akan mengambil masa selama beberapa minggu,” kata Srettha sambil menyifatkan ekonomi Thailand ketika ini ‘tidak begitu baik’.

Ekonomi Thailand dijangka berkembang 2.8 peratus pada tahun ini, tetapi Sretta mempunyai sasaran pertumbuhan tahunan sebanyak lima peratus.

“Selain menurunkan kos sara hidup rakyat ialah dengan meningkatkan gaji,” katanya sambil menambah bahawa pengumuman itu boleh dijangka pada November ini.

Pada forum yang dianjurkan oleh media Thailand, Thairath, Srettha yang mengambil alih jawatan bulan lalu, bercakap mengenai pelbagai topik termasuk kesan fenomena cuaca El Niño terhadap penuaian padi di negara itu dan keperluan untuk meneroka tanaman alternatif.

Beliau berkata, pentadbirannya mahu membuka pasaran pertanian baharu di Afrika dan Asia Barat dengan tumpuan kepada produk halal serta meluaskan perjanjian perdagangan bebas dengan negara rakan kongsi, tetapi tidak memberikan butiran lanjut. – REUTERS

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN