Sampai bila penjara Guantanamo mahu beroperasi?

Sampai bila penjara Guantanamo mahu beroperasi?

BANDUAN yang ditahan di penjara Teluk Guantanamo pada tahun 2002. - REX
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAVANA: Pusat tahanan Teluk Guantanamo dilaporkan masih beroperasi dengan kira-kira 30 banduan masih dikurung di penjara yang paling terkenal di dunia itu.

Sebelum ini, Barack Obama ketika berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), pernah menandatangani perintah yang mengarahkan kem tahanan Guantanamo ditutup dalam tempoh setahun.

Tindakan Obama dipuji di peringkat antarabangsa sejak pusat tahanan dikendalikan tentera di Cuba melambangkan `kekejaman melampau’ yang mana disifatkan oleh AS sebagai perang terhadap keganasan.

Obama menyifatkan 19 kaedah penyeksaan yang digunakan di pusat tahanan tersebut termasuk waterboarding, diserang secara seksual dan dibiarkan terjaga tanpa tidur adalah tidak bermoral, melanggar undang-undang dan tidak berkesan.

Namun, selepas lebih 14 tahun perintah itu ditandatangani, kem tahanan Guantanamo masih terus beroperasi dengan menempatkan 30 banduan.

Antara kumpulan banduan itu termasuk seorang lelaki dikenali sebagai Khalid Ahmed Qasim yang berusia 46 tahun.

Lapor Daily Mail, Khalid Ahmed menghabiskan hampir separuh hidupnya ditahan di kem berkenaan yang disifatkannya sebagai neraka.

“Dia mengalami penderaan mental dan fizikal termasuk hampir sedekad dikurung bersendirian.

“Banduan itu juga menghabiskan kira-kira tujuh tahun melakukan mogok lapar untuk membuktikan dirinya tidak bersalah yang mana dia diberi makan secara paksa berulang kali,” jelas laporan itu.

Dilaporkan, Khalid Ahmed tidak pernah didakwa atas kesalahan jenayah mahupun dibicarakan di mahkamah.

Malah, pihak berkuasa pada musim panas lalu mengakui dia harus dibebaskan.

Minggu lalu, sekumpulan peguam dari Britain memfailkan petisyen terhadap Presiden Joe Biden memohon `prisoner 242′ dibebaskan dengan segera.

Banduan itu dikatakan terperangkap dalam keadaan limbo undang-undang kerana dia tidak boleh dihantar pulang ke Yaman yang dilanda konflik mahupun negara yang sanggup menerimanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya